Monday, November 24, 2014

Happy Birthday utk siapa??? Transformasilah...

Happy birthday to you...happy birthday to you....happy birthday to you....happy birthday toooo.....errkkk....??

Saudara sahabat sekalian..kebiasaannya kita sellu mengatakan.."hari ni birthday ak...nak hadiah...".."nnt birthday ak jgn lupe ye..blnje ak kek resepi..hadiah besar..."

Tp tidak ke kite perasan..sbnrnye sambutan birtday ini bkn utk kite sepatutnye...sewajarnye kita buat smbutan ini utk IBU UMI MAMA MAMY...sebab ap? Sebab IBU ini lah yg dh melahirkan kita dgn slmat dn penuh kesakitan yg tak terperi..

Jom lah kita buat transformasi...sampai je tarikh lahir kita...beli kek utk IBU...belikan hadiah utk IBU..dan ucapkan perkataan yg pling istimewa...sooo..jom ubah.!!!

Happy Birthday to me...Saya sayang IBU..terima kasih ibu sebb slmt mlhirkan sy smpi sy dewasa ni...:')

Bahagia di Taman Raudhah...

Assalamualaikum..seronoknye berada di taman raudhah..surau sek9 shah alam..kali ni tazkirah mghrib bersama ustz nuruddin..penceramah dr indonesia yg amat terkenal dgn sikap nya yang bersahaja oleh masyarakat. Banyak analogi2 yg beliau keluarkan bg membentuk pemikiran masyarakat sejagat..tp perasaan aku sgt2 seronok bile dpt dgr tazkirah2 yg membina diri kejalan Allah swt..kawan2..jika ada majlis di tmn2 raudhah sebegini..jgnlah lari..dgrlah walaupun 10 mnt..moga2 ada input berguna utk diri kita dn agama...insyaAllah..
Ceramah Ustz. Nuruddin Sek9 s.alam...

Thursday, November 20, 2014

Kejayaan adalah perjalanan...=)

Assalamualaikum..hi..

Apabila menyebut tentang kejayaan,mesti org akan berkata miliki rumah besar..kereta besar..pangkat besar...duit byk..tp dlm konteks ni sebenarnya KEJAYAAN tu ada lg yg besar dan perlu kita capai..

Ramai yang masih menganggap diri sebagai gagal kerana masih belum mencapai status seorang jutawan. Sedangkan mereka tidak nampak perkara-perkara kecil yang berubah di dalam diri yang menjadi bukti mereka hampir mencapai kejayaan hidup.
Jangan meletakkan diri di tahap kegagalan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian diri. Sentiasa berpandangan optimistik dengan mencari dan menilai perubahan diri yang bersifat positif kerana ia akan menjadi inspirasi buat diri anda.
Di sini terdapat 12 tanda-tanda kejayaan yang boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti perubahan positif yang terjadi di dalam diri anda. Perubahan ini merupakan tanda-tanda anda hampir atau sudah berjaya mencapai kejayaan hidup.
1. Anda Menaikkan Taraf Hidup
Dahulu: Anda suka membuang masa membuat perkara-perkara yang tidak memberi apa-apa faedah terhadap diri anda dan orang lain.
Sekarang: Anda menghargai setiap detik saat dengan memenuhkannya dengan pelbagai aktiviti yang berilmu dan bermanfaat. Anda tidak lagi bertoleransi dengan sifat-sifat negatif yang berpunca dari diri dan orang sekeliling anda.
2. Tidak Lagi Mengeluh
Dahulu: Menjadi kebiasaan bila kita ditimpa musibah kita akan mula mengeluh, mengadu malah menunding jari terhadap orang lain akibat musibah ini terjadi.
Sekarang: Anda tidak lagi mengeluh kerana anda tahu semua yang terjadi di dalam hidup sama ada perkara baik atau buruk, ia mempunyai hikmah disebaliknya.
3. Bersyukur Setiap Perkara
Dahulu: Setiap kejayaan yang dimiliki, anda akan menganggap ianya 100% dari usaha anda sendiri tanpa bantuan dari yang lain. Anda jarang sekali mengucap terima kasih kepada orang yang telah membantu anda, tidak menghargai nikmat-nikmat hidup yang dipinjamkan oleh Allah swt.
Sekarang: Mulut anda tidak berhenti mengucapkan terima kasih terhadap orang lain yang membantu anda, tidak kira bantuan itu sekecil manapun. Anda akan menghulurkan bantuan terlebih dahulu sebelum orang lain. Anda mula mendekati diri dengan Allah swt, bersyukur dengan setiap nikmat yang diberi seperti bersyukur dengan nafas yang masih menghembus, tubuh badan yang sihat membantu mencari rezeki setiap hari, minda yang cergas membantu mengenal baik dan buruk setiap perkara dan lain-lain kesyukuran lagi.
4. Anda Raikan Kejayaan Orang Lain
Dahulu: Anda hanya raikan kejayaan yang dicapai oleh diri sendiri. Jika ada orang lain yang berjaya, anda tidak akan raikannya malah anda akan berasa cemburu terhadap kejayaan tersebut. Anda berasa bahawa anda sahaja yang layak mencapai kejayaan hidup.
Sekarang: Tidak perlu dipaksa lagi, anda sendiri akan mencari orang berjaya itu dan ucapkan tahniah kepadanya. Anda berasa gembira dengan kejayaan orang lain dan kejayaan itu dijadikan salah satu inspirasi buat diri anda.
5. Tidak Takut Meminta Pertolongan
Dahulu: Anda menganggap meminta pertolongan dari orang lain merupakan sesuatu perbuatan yang lemah dan memalukan. Anda lebih suka bekerja secara bersendirian dari bekerja bersama orang lain.
Sekarang: Jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara, anda akan mencari orang yang mempunyai ilmu terhadapnya dan meminta orang tersebut untuk mengajarnya kepada anda. Anda lebih suka bekerja secara berpasukan kerana ia membuat kerja menjadi mudah dan cepat disiapkan. Anda tidak lagi segan meminta pertolongan dari orang lain kerana anda tahu bahawa anda bukanlah seorang yang “Super Serba Tahu”.
6. Anda Raikan Kegagalan
Dahulu: Jika anda gagal melakukan sesuatu perkara, anda akan angkat kaki cabut lari dan terus masuk gua. Anda akan mengenangkan kegagalan itu sehingga ia menjadi mimpi di malam hari. Anda tidak akan meneruskan perjalanan jika kegagalan menimpa diri anda.
Sekarang: Anda tahu bahawa bukan semua orang berjaya 100% setiap masa. Berjaya dan gagal telah menjadi lumrah kehidupan. Jika anda tidak berjaya sekali, anda akan cuba kali kedua. Jika tidak berjaya lagi, anda akan cuba kali ketiga. Jika masih tidak berjaya lagi, anda akan masih teruskan untuk cuba kali keempat dan cuba dan cuba dan cuba lagi sehingga ianya berjaya. Anda akan raikan kegagalan dan gunakan ia sebagai pengajaran hidup. Ini kerana anda mengetahui satu rahsia iaitu kegagalan hanyalah bersifat sementara dan ia merupakan salah satu proses kejayaan bagi mencapai kejayaan yang sebenar.
7. Bermatlamat Besar
Dahulu: Anda tidak kisah tentang perjalanan hidup akan datang. Anda hanya memikirkan kehidupan hari ini dan esok sahaja. Anda juga lebih selesa dengan keadaan sekarang (zon selesa) dan tidak berminat untuk menaik taraf kehidupan diri.
Sekarang: Tidak takut bermatlamat besar. Sentiasa mencari peluang untuk memperbaiki dan menaik taraf diri. Lebih suka mencuba sesuatu yang baru jika ia dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Mengejar matlamat yang ditetapkan tidak kira betapa besar cabaran yang akan ditempuh.
8. Pernah Mempunyai Matlamat Yang Menjadi Realiti Hidup
Dahulu: Akibat tidak mempunyai matlamat, maka tiada matlamat hidup yang ingin dicapai.
Sekarang: Salah satu matlamat yang diidamkan telah tercapai menjadi realiti hidup. Tidak kira matlamat itu sekecil manapun ia tetap dipanggil matlamat. Orang berjaya tidak pernah mengira saiz matlamat, yang dikira adalah ia boleh tercapai ataupun tidak.
9. Di Kelilingi Kawan Berjaya
Dahulu: Sering berkawan dengan kawan yang bersifat negatif, kawan yang sering menjatuhkan semangat anda. Kawan yang tidak berminat untuk berjaya di dalam hidup.
Sekarang: Mempunyai kawan-kawan yang saling membantu. Kawan yang memberi inspirasi kepada anda walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kawan yang suka mencipta kejayaan tanpa henti dan berkongsi kegembiraan kejayaan tersebut bersama anda.
10. Mempunyai Sebab Yang Kukuh Untuk Berjaya
Dahulu: Segala kejayaan adalah untuk diri sendiri. Tidak mempunyai sebab untuk berkongsi dengan orang lain. Tidak memikirkan kejayaan untuk orang lain.
Sekarang: Kadang-kala kejayaan yang paling kukuh dan bermakna adalah mencipta kejayaan bagi menggembirakan orang lain. Anda mempunyai sebab yang kukuh untuk berjaya, sebagai contoh, anda ingin berjaya bagi menggembirakan hati ibu dengan menunaikan segala impian beliau.
11. Suka Memberi
Dahulu: Anda sangat susah untuk berkongsi kemewahan dan kelebihan diri yang ada bersama orang lain. Anda berpendapat bahawa segala yang dimiliki adalah kepunyaan sendiri. Jika orang lain inginkan, sila cari sendiri.
Sekarang: Memberi bukan bermakna kita menderma wang dan harta sahaja. Memberi ini lebih kepada perkongsian apa yang dimiliki oleh anda yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sebagai contoh, anda memberi perkongsian ilmu secara percuma kepada yang berminat, memberi bantuan dari segi tenaga empat kerat kepada yang memerlukan, menyediakan makanan percuma kepada yang tidak mampu di restoran anda dan banyak lagi perkongsian yang boleh dibuat.
12. Anda Gembira
Dahulu: Suka memikirkan masalah serta perkara-perkara negatif yang membuatkan hidup anda murung diseliputi kegelapan.
Sekarang: Anda lebih suka membuatkan diri di kelilingi dengan aura-aura positif yang dapat menggembirakan hati. Jika terdapat cabaran menimpa, anda akan laluinya dengan hati yang tenang dan penuh kesabaran. Bila hidup penuh dengan kegembiraan, segala kerja yang ingin dilakukan akan menjadi mudah diselesaikan. Kegembiraan merupakan kunci kepada hidup berjaya.

Apa yang aku nak sampaikan di sini...KEJAYAAN tu sebenarnya RASA TENANG DALAM HIDUP DAN DALAM IMAN kita menuju ke JALAN ALLAH....insyaAllah..


.

Saturday, November 8, 2014

Convo k.long (kak ipar) d' USM penang..

Assalamualaikum..bertarikh 8 nov 2014..
Ak n family belah wife pergi ke USM utk raikan k.long konvo..huuhh..pnt jgk sbb jauh perjalanan dr s.alam jam 8.20pm jumaat ke penang 2.10am sabtu..lama kan?

Apa yg menariknye..ni first time ak smpi penang..heeehehe..masuk j jmbtn baru..perhh...pnjg sungguh..

Benda yg pling ak x suke jln sesak...n penang ni mmg sesak...haaaa...Dan dlm gmbr ni citer kami...

Ni la k.long..n suami die b.mi

Ni family k.long n b.mi

Ni spe?? Hehhe..ak n mokna la..hahahh

Ni kat nasi kandar pelita kat Juru..lapar..mkn la dlu..hihihi..

Ni family k.ija n b.aji

Ni family b.pi n k.zana

X dilupakan...wah..mok su wah (berdiri)..

Haaa..ni cite hri ni..hbis cite convo k.long..citer sok ap plak?? Bukit Merah lake town resort?? Let enjoyyyy la...



Thursday, November 6, 2014

Jalan² Hibur Hati.

Assalamualaikum...=) Ni bertarikh 2 Nov 2014.. Aku jalan2 pergi Masjid Besi Putrajaya..sebelum tu aku pergi ke Kenduri Doa selamat En.Zaliridzal Zakaria kat sepang...cntik n besar betul rumah bru die...alhmdulillah..walaupun aku xsmpt smpi mse dorg baca doa selamat..masa solat aku doakan kebaikan utk rumah die..doa utk guru aku...haaa...igt guru j blh berdoa utk pljr die?.. Eheh Lepas tu kami (ak isteri,tikah n hani) berpusing2 tanpa arah tujuan kat Bandar Baru Nilai tu...tibe2 terpikir..sbb aku ni pendengar IKiM fm..ak igt lg dorg hebahkan ttg Karnival Antarabangsa Buku Islam Putrajaya...haaa..

Ap lg..kami trus la shoot gi Putrajaya..ahaha...sampai j kt Putrajaya..rasa wow!!! Dpt jmp Najwa Latif ..hahhaha..best sgt..ak smpt beli majalah Solusi back date version..4 naskah rm10..hmm..bini aku pe lg...borong la...sbb die mmg suke ng mjlh ni..belanje la die..hehee..penat jln2 kt krnival buku ni..pergi la ke warung mknn Karnival Buku ni...byk jgk menu kt kdai2 ni..hmm...tub2..melekat la kt Mee goreng Grill Spicy..sedap?? Ok la..xbyk myk..

Asar pun berkumandang...pe lg...Masjid Besi kt belakang karnival..jln j la..uiihhh...seronok tgk view masjid ni..yg pentingnya, bini n kwn2 ak ni wajib bergambar..berposing2..hmm..ambik la korg..aku nk ambik gmbr view msjid ni..Ya Allah..tesergam indahnya rumah Allah ni..tenang..nyaman..damai..rasa tiada gangguan..dan yang penting tgok je masjid ni rasa sayu j ht..hmm..mgkin byk dosa2 dlm diri ni..hmm..

Haaa..blik pd citer gmbr td...nak tgok gmbr view yg ak ambik? Ni haaa...














Thursday, October 30, 2014

Birthday 3 students GA TTDI Jaya.. =)

Assalamualaikum n hai... Ni adalah birthday 3 org students Genius Aulad TTDI Jaya 2014..huhh..puas makan kek..Happy bithday Tuan Anik (4 years)..Noramahirah (5 years)..Arisha (6 years)...

Hillview Inn Hotel, Tanah Rata, Cameron Highland.

Ni HILLVIEW INN Hotel yang kami duduk 2h 1m...best sangat tempat die..tenang j..alhamdulillah...Allah bagi rasa ketenangan kat sini...=) kalau korang nak rasa tenang je duduk dalam hotel dan kat luar hottel tu x serabut..boleh rasa di Hillview Inn Hotel... RM140/night...ketenangan untuk setiap orang subjektif...masing2 ada cara masing2 kan..jadi let enjoy...!!

Cameron Highland Cinta (cont...)

Haa..ini kenangan yang berada dalam gambar je. =) sangat2 best berada di cameron highland.