Monday, November 19, 2012

Sejarah Study ------>> USIM Convocation --------->> Goal

Alhamdulillah. 24 Nov 2012 ni adalah tarikh bersejarah aku menjadi mahasiswa Fakulti Kepimpinan Pengurusan USIM. Akhirnya aku dapat graduate dengan PNGK 3.42. Alhamdulillah..Seronok sangat.. Selama 4 tahun aku belajar, rasa macam sekejap je masa berlalu. Selama 4 tahun ni lah banyak perkara pahit dan manis yang aku lalui. Dan perkara-perkara ini lah yang mengajar aku tentang erti kehidupan sebagai mahasiswa dan sebagai manusia yang bernaung dibumi Allah ini. Di dunia yang fana' ini. Apa pun semua tu dah berlalu. Yang penting sekarang, aku mesti pandang kedepan dan capai matlamat aku sebagai guru kaunseling dan kaunselor. Dengan graduasi inilah aku dapat motivasi yang hebat untuk aku terus melangkah ke alam pekerjaan. Actually aku dah kerja sebenarnya. Lepas praktikal, rehat 2 minggu. Pas tu ACREDA panggil tawarkan kerja Research Assistant. Kajian Acreda yang aku buat ni 'Tahap Keberkesanan Kempen Antidadah di Malaysia & Strategi Komunikasi Bagi Meningkatkan Kesedaran Masyarakat Bahaya Penyalahgunaan Dadah' PPP/AADK-FKP(ACR)-04-40211. Apa yang penting, banyak aku belajar dalam pekerjaan aku ni. Kena marah, kena puji, jadi kuli..semua aku rasa. Tapi aku anggap tu semua cabaran untuk aku berjaya. Hehe... Dan sekarang aku dah dapat tawaran jadi guru Sekolah SeriHira Snd Bhd. Alhamdulillah..hehe..rezeki datang mencurah2 lagi. Aku dipanggil temuduga oleh MARA dalam position Guru MARA. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat grab untuk guru MARA ni dan dapat dekat dengan kampung @ area Selangor. Apa pun aku happy sebab Allah permudahkan semua urusan aku samada penuh dengan cabaran ataupun penuh dengan kesenangan. Yang penting sekarang, aku dah dapat menggembirakan Mak (Nety Melya Ali) dan Ayah (Afrizal Nando) aku. Disebabkan diorang lah aku jadi berjaya camni. Doa dan nasihat yang diorang bagi tak putus-putus. Terima kasih mak ayah. Dan aku happy lagi sebab akku dapat jadi contoh kat adik-adik aku. Terima kasih ya Allah..Syukur. Rahmansyahputra Afrizal (Pujangga Biru)