Sunday, August 14, 2011

Dilema pelajar lepasan SPM masuk ke STPM....!!!!




Pelajar lepasan SPM akan dilema apabila mereka mendengar tentang STPM. Dalam situasi hari ini, kebanyakan pelajar terlalu takut untuk mengambil STPM kerana dikatakan peringkat paling susah dikalangan semua peringkat. Apabila orang sebut sahaja tentang STPM, ramai yang buat tidak tahu dan mengenepikan ia sahaja. Juga ada pelajar yang stress kerana jika mereka tidak dapat masuk ke universiti selepas SPM, mereka terpaksa mengambil peringkat STPM. Mengapakah ia terjadi sampai begini sekali??

Dalam pemerhatian saya selama saya berada disekolah menengah atas lagi,faktor sekeliling mempengaruhi permikiran dan emosi pelajar SPM. para guru, ibu bapa dan rakan-rakan kebanyakannya, mereka akan mempengaruhi permikiran pelajar SPM bahawa STPM ini susah dan subjek2nya mata susah. Ramai yang pelajar yanng mengambil STPM gagal sebelum ini. Inilah diantara ayat2 negatif yang dilontarkan kepada kami semasa di SPM. Jadi, ramai rakan2 seperjuangan saya tawar hati untuk masuk ke STPm selapas habis SPM. mereka bertekat akan masuk ke universiti juga setelah habis mengambil SPM. jika tidak lulus STPM, mereka lebih rela mengambil jalan mudah iaitu tidak menyambung persekolahannya, atau masuk ke kolej2 swasta yang melampau mahal harga yurannya.



Selain itu, pelajar lepasan SPM tidak mahu melanjutkan pelajaran ke STPM kerana bagi mereka, mereka sudah cukup bosan belajar dalam suasana sekolah. Mereka ingin belajar di dalam suasana yang berbeza daripada sekolah pula seperti belajar dikuliah, pembentangan menggunakan LCD,, masa tidak ditetapkan dan yang paling penting, bebas dari kongkongan ibu bapa dan pihak sekolah bagi mereka yang tinggal diasrama. Mereka tidak mahu berfikir kelebihan dan kekurangan mengambil peringkat SIJIL atau DIPLOMA. Apa yang mereka tahu, mereka tidak mahu berdepan dengan institusi sekolah. Dengan ini, ia akan merugikan para pelajar yang sepatutnya menggunakan peluang sedia ada untuk menyambung pelajaran diperingkat yang lebih jauh (IJAZAH & SARJANA, tetapi diabaikan oleh mereka semata2 hanya mahu mengejar suasana universiti dengan begitu cepat.

Setigma2 ini perlu kita bendung untuk membawa generasi muda remaja kita ini ketahap yang lebih berpendidikan maksima sehingga peringkat PhD kelak dengan penggunaan masa dan keadaan yang sesuai. ingatlah wahai anak muda generasi bangsa, pegang ayat ini " sebelum mencuba, aku tidak akan takut" "sebelum menyerah, aku tidak akan putus asa".. jangan biarkan permikiran anda diselubungi stigma negatif.....!!!


No comments:

Post a Comment