Tuesday, August 16, 2011

RaKan2 sEpeJuaNgan....!!!!!!!!





Ramai orang menyangka rakan adalah segala2nya buat kita. Tapi apa sebenarnya maksud rakan tu? rakan adalah org yang mendampingi kita sewaktu kita senang dan susah. Rakan yang baik mempunyai budi pekerti yang baik. Rakan adalh orang yang boleh memahami kita samada dikala kita naik ataupun kita jatuh. Rakan yang tidak sepatutnya adalah rakan yang berdamping dgn kita waktu senang je. waktu susah mula angkat kaki, tinggalkan terkapai2 xd tali. kesianlah org2 yg mendapat rakan seperti ini. oleh itu, carilah rakan2 yang baik ini.



rakan2 adalah penting bagi kita selepas ibu bapa dan saudara kita. Berbuat baik dengan rakan adalh digalakan dlm islam supaya silaturrahim terjalin bertali2 tanpa putus.



Ada sebuah cerita dimana 2 org sekawan duduk dalam satu bilik yg sme (sme jntina jgk daaa). Setiap hari pergi belajar sme2, naik motor sme2, kgsi duit myk sme2, beli mkn sme2 dan ap pon sme2 la (tapi buah hati tak la kot). Kalau orang tengok memang mcm adik beradik. Tapi, susah senang xtau plak la. Alkisahnya, satu hari ni sorg dri dorg ni hilang la dompet. Masa tu plak budak ni xtau la plak yg dompet die ni tercicir atau kene selop. Dahla IC, LESEN, CARD BANK n yg pnting2 dlm tu. Nasib budak ni cool je lg. Tak gelabah. klu ak, dh lme ilang akal. Smbg2....Agk2 dlm 5jm pas tu, jumpa la dompet budak ni kat bwh katil. Die mmg bersyukur amat lah. bkak2 dompet tu, sume ada mcm xd org yg usik. Ni sahlah tercicir ni. bkn org curi.

disambung plak cerita, malam tu die pergi la ke bank nk "Cucuk". alngkah terkejut die dlam bank die yg sblum ni ada rm3000 tinggal rm10 je. Mane x cemasnya, hilang rm2900..zalim tolll...nak wat report, bank tutup. pasrah je la mlm tu. esoknya, pagi2 lagi die pergi ke bank tu buat lporan Huh..bank tu plak soh wat lporan polis dlu klu nk tgok CCTV bank. Die pergila dgn gesa2. Bila dh siap rport kt polis, die g bank nk tgok CCTV. alangkah terkejut beruk die bila tgok pencuri senyap ATM die adalah rakan sebilik die. punya la die percaya kt kawan die ni selma ni, ttiba yg ambik duit ATM adalah kwn die. Mrh gile die time tu.

Polis nk tahan kwn die tu, tpi die xnk. Blik je mlm tu, die pura2 cool je. Msuk blik, smbg2 bese je ng kwn die tu. Mmg hbt btol bdk ni. Then, esoknya bdk ni kumpul kwn2 die utk plan MALAM HARI. Bila sampi je wktu tga mlm, kwn die ni kne trik. geng2 ni buat bultn, n kwn yg curi ni dok tga2. huh, cm ap je ari tu. Mula2 geng ni nk blsah ckup2, tpi mmber hilang duit ni halang. rupanya die nk gertak bdk percuri ni je. gertak punya gertak, barulah ngaku. last, bdk tu deal die nk byr blik duit tu. rupa2nya, duit yg die curi tu, die nk enjoy ng makwe die. Huh, klu ak tu, dh lame dh ak piat2 tlinga die. sjak hari tula 2org kwn yg dlunya rpt ni, kini sudah tidak bersefahaman dan berkawan. Lihatlah, kerana sebb ini, kita hilang kawan.. =) jgn biarkan diri anda seperti ini..!!

Biarlah kIta berkawan hingga ke akhirnya..!!!! peace beb..





Sunday, August 14, 2011

Dilema pelajar lepasan SPM masuk ke STPM....!!!!




Pelajar lepasan SPM akan dilema apabila mereka mendengar tentang STPM. Dalam situasi hari ini, kebanyakan pelajar terlalu takut untuk mengambil STPM kerana dikatakan peringkat paling susah dikalangan semua peringkat. Apabila orang sebut sahaja tentang STPM, ramai yang buat tidak tahu dan mengenepikan ia sahaja. Juga ada pelajar yang stress kerana jika mereka tidak dapat masuk ke universiti selepas SPM, mereka terpaksa mengambil peringkat STPM. Mengapakah ia terjadi sampai begini sekali??

Dalam pemerhatian saya selama saya berada disekolah menengah atas lagi,faktor sekeliling mempengaruhi permikiran dan emosi pelajar SPM. para guru, ibu bapa dan rakan-rakan kebanyakannya, mereka akan mempengaruhi permikiran pelajar SPM bahawa STPM ini susah dan subjek2nya mata susah. Ramai yang pelajar yanng mengambil STPM gagal sebelum ini. Inilah diantara ayat2 negatif yang dilontarkan kepada kami semasa di SPM. Jadi, ramai rakan2 seperjuangan saya tawar hati untuk masuk ke STPm selapas habis SPM. mereka bertekat akan masuk ke universiti juga setelah habis mengambil SPM. jika tidak lulus STPM, mereka lebih rela mengambil jalan mudah iaitu tidak menyambung persekolahannya, atau masuk ke kolej2 swasta yang melampau mahal harga yurannya.



Selain itu, pelajar lepasan SPM tidak mahu melanjutkan pelajaran ke STPM kerana bagi mereka, mereka sudah cukup bosan belajar dalam suasana sekolah. Mereka ingin belajar di dalam suasana yang berbeza daripada sekolah pula seperti belajar dikuliah, pembentangan menggunakan LCD,, masa tidak ditetapkan dan yang paling penting, bebas dari kongkongan ibu bapa dan pihak sekolah bagi mereka yang tinggal diasrama. Mereka tidak mahu berfikir kelebihan dan kekurangan mengambil peringkat SIJIL atau DIPLOMA. Apa yang mereka tahu, mereka tidak mahu berdepan dengan institusi sekolah. Dengan ini, ia akan merugikan para pelajar yang sepatutnya menggunakan peluang sedia ada untuk menyambung pelajaran diperingkat yang lebih jauh (IJAZAH & SARJANA, tetapi diabaikan oleh mereka semata2 hanya mahu mengejar suasana universiti dengan begitu cepat.

Setigma2 ini perlu kita bendung untuk membawa generasi muda remaja kita ini ketahap yang lebih berpendidikan maksima sehingga peringkat PhD kelak dengan penggunaan masa dan keadaan yang sesuai. ingatlah wahai anak muda generasi bangsa, pegang ayat ini " sebelum mencuba, aku tidak akan takut" "sebelum menyerah, aku tidak akan putus asa".. jangan biarkan permikiran anda diselubungi stigma negatif.....!!!


Berajin2 dulu, berjalan2 kemudian..... =)


Esok ak dah nak start buat proposal thesis ak.. Hehehehe..teruja beb. Ak nk tunjukan tasks aku yg madam kasi. Apa pun, semua task tu ak dah siapkan. mau jugak 1bulan aku siapkan.uihh..hebat..

Tapi alkisahnya yang aku kesah skang ni, badan ak tga sakit2 ni. Lenguh2. Camne nak wat tesis ni. Sok jgn pulak smpi mls aku sudah la..time tga study book aku tertido...nanya aku...dah la pose..Tapi biar la. Aku nk wat yg terbek kali ni. hehe..insyaAllah.

Friday, August 5, 2011

Untuk Peminat -----Chinta Mookha Booku-----

Pose beb, pose....!!!!!!


Alhamdulillah, masuk hari ni, dAh 5 hari aku pose..rase ringan je badan aku ni. Ap pun, pose ni,kne la banyak2 buat amal. hehehe..nak tambah2 pahala..insyaAllah..

Aku nk ucap selamat pose, tpi dh hari ke-5..tapi takpe la..blum terlambat lagi..
Selamat Berpose di Bulan Ramadhan kepada ama and apa, adik beradik2, sahabat taulan, kawan-kawan race mania,hehehe...and yang kenal aku ni la..

Azam untuk pose...!!!..hmmm.ada tiga..:-
-pertama, aku nk byk2 wat amal kepada Illahi..
-kedua, aku nak kuruskan badan aku..
-ketiga, aku nak berhijrah untuk capai kecemerlangan dalam study..

Apa pun,aku msih mencari kekuatan study aku..sbb nye, sem depan aku akan buat tesis..cam best je..hhehehe..tajuk tesis aku "Sources of Stress and Coping Strategies: Among upper six STPM students at Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam.. aku harap sangat cikgu2 aku kat SAMTSSAAS dpt bantu aku lancarkan kajian aku kat sana..

hmmm..byk dah melalut ni..heheh..apa pun yang penting aku HAPPY dengan hidup aku..InsyaAllah..