Saturday, January 15, 2011

HIV AIDS

HIV adalah singkatan kepada Human Immunodeficiency Virus yang menjadikan penagih dadah lemah dan tidak bermaya. HIV adalah virus yang memakan sel-sel darah putih dan melemahkan antibodi seseorang penagih dadah tegar. Kebiasaannya kita dapat lihat di Malaysia, ramai penagih dadah yang dijangkiti HIV. Di Kuala Lumpur misalnya, kami tidak terlepas pandang kepada penagih-penagih dadah jalanan yang telah dijangkiti HIV. Mereka hidup merempat di kaki-kaki lima dan di lorong-lorong kecil sekitar Kuala Lumpur. Senarionya di Malaysia adalah masyarakat tidak boleh menerima dan akan mencaci golongan orang yang menghidapi HIV ini. Ini kerana mereka takut akan dijangkiti oleh virus itu.Mereka akan menjauhi golongan-golongan ini yang dianggap sampah masyarakat dan tiada nilai disisi masyarakat.

Sebenarnya masyakat kita tersilap pandang dalam hal HIV ini. Merujuk kepada pengetahuan dan ilmu-ilmu yang kami pelajari dalam bidang kaunseling, golongan HIV ini perlu mendapat sokongan dan dorongan untuk terus hidup di dalam masyarakat setempat. Golongan-golongan ini menjadi penghidap HIV kerana mereka telah terrperangkap di dalam emosi mereka sendiri. Akan tetapi dalam lubuk hati mereka terdapat suara yang mengatakan bahaa mereka ingin berubah dan perlukan sokongan. Jadi kita sebagai masyarakat perlulah menaikkan semangat mereka untuk berubah ke jalan yang lebih sempurna.

Di Malaysia, masyarakat kini menganggap bahawa HIV adalah penyakit yang boleh membunuh. Sesiapa yang terkena HIV akan mati. Adakah mereka tahu apa itu HIV sebenarnya? HIV itu adalah virus yang melemahkan sistem ketahanan badan sahaja dan tidak membawa maut. Apa yang kita selalu pandang dan lihat, orang yang menghidapi HIV mesti akan mati. Hakikatnya HIV tidak membawa maut kepada manusia. Penghidap-penghidap HIV yang kebanyakan maninggal dunia bukan berpunca dari HIV, tetapi ia berpunca dari penyakit sampingan mereka. Contohnya, seseorang itu menghidap penyakit HIV yang mana sistem immunnya telah lemah dan dia juga menghidap penyakit batuk kering dan peparu berair. Jadi, sistem immun seseorang itu tidak dapat menahan lagi penyakit batuk kering atau peparu berair walaupun penyakit sampingan ini telah banyak kali diubati. Penyakit ini akan terus merebak walaupun ianya telah banyak mengambil ubat-ubatan kerana ubat-ubatan akan dibantu oleh sistem immun dalam badan itu sendiri. Oleh itu, kebanyakan penghidap HIV meninggal dunia disebabkan oleh penyakit sampingan mereka yang telah merebak dan bukanya HIV itu sendiri. Jadi kami juga hendak mengigatkan kepada masyakat bahawa HIV tidak membunuh dan ia boleh dirawat dengan emosi untuk golongan penghidap HIV ini akan terus hidup dengan semangat. Apa yang perlu kita tahu adalah HIV ini akan berjangkit apabila:

-membuat perhubungan seks dengan pasangan yang menghidap HIV.
-berkongsi jarum yang digunakan untuk menghisap dadah bersama penghidap HIV.
-pertukaran darah dengan orang HIV.
-anak yang dikandung oleh wanita yang menghidap HIV.

Melalui pengajian dan program-program yang kami, mahasiswa kaunseling ikuti, seseorang itu tidak akan dijangkiti HIV jika :

-Bersalam dengan penhidap HIV
-Berpeluk dengan penghidap HIV
-Bersin ataupun batuk dari penghidap HIV
-Gigitan nyamuk atau lain-lain serangga dari penghidap HIV
-Berenang bersama penghidap HIV
-Berkongsi perkakas untuk makanan yang telah digunakan oleh penghidap HIV


Dengan itu, kita tidak perlu bimbang untuk mendekati penghidap HIV itu sendiri. Apa yang perlu kita tahu, bendalir badan yang boleh menyebarkan HIV seperti air mani, darah, cecair faraj, dan susu ibu sahaja. Seseorang itu berisiko menghidap HIV jika dia adalah:

-Mempunyai ramai pasangan seksual
-Penagih dadah secara suntikan
-Pelacur
-Homoseksual
-Kakitangan perubatan
-mempunyai pasangan suami atau isteri yang menghidap HIV.

Jadi, inilah saranan kami terhadap masyarakat bahawa HIV tidak membunuh dan golongan yang menghidap HIV perlu dibantu untuk mereka terus hidup dengan aman dan bahagia.

No comments:

Post a Comment