Monday, December 26, 2011

WAAAA...nk pekse dah..!!!




Alhamdulillah...bermula 3hb 1 2012,,ak start pekse..korg nk tau..ni pekse last ak kt usim ni..alhamdulillah..dh nk hbis belajar dhh..tgal nk cari kerja je lg..ap pon..aku nk ucapkan thanks byk2 kt fmily ak support ak spnuh2 hati..then my lecturer, friends and someone special for me..=) who? after this you know who..hehehe.. N_J_H.. she is meaningful to me..all sweet, sour, salty, bitter, fragrant with her will bury it in my memorial..heheh..thanks for all my special one..now,,i want to focus my examination to get dean list..waaaa..demand..but i want it..no matter what..Minta2 la tercapai hjt ak ni nk dean list sem ni..doa2kan la ye..hiii..






Dah...ak nk accomplish exam ak very well utk sem ni..tgu dan lihat..insyaAllah..ak akan cuba to do the best... :)


Tuesday, August 16, 2011

RaKan2 sEpeJuaNgan....!!!!!!!!





Ramai orang menyangka rakan adalah segala2nya buat kita. Tapi apa sebenarnya maksud rakan tu? rakan adalah org yang mendampingi kita sewaktu kita senang dan susah. Rakan yang baik mempunyai budi pekerti yang baik. Rakan adalh orang yang boleh memahami kita samada dikala kita naik ataupun kita jatuh. Rakan yang tidak sepatutnya adalah rakan yang berdamping dgn kita waktu senang je. waktu susah mula angkat kaki, tinggalkan terkapai2 xd tali. kesianlah org2 yg mendapat rakan seperti ini. oleh itu, carilah rakan2 yang baik ini.



rakan2 adalah penting bagi kita selepas ibu bapa dan saudara kita. Berbuat baik dengan rakan adalh digalakan dlm islam supaya silaturrahim terjalin bertali2 tanpa putus.



Ada sebuah cerita dimana 2 org sekawan duduk dalam satu bilik yg sme (sme jntina jgk daaa). Setiap hari pergi belajar sme2, naik motor sme2, kgsi duit myk sme2, beli mkn sme2 dan ap pon sme2 la (tapi buah hati tak la kot). Kalau orang tengok memang mcm adik beradik. Tapi, susah senang xtau plak la. Alkisahnya, satu hari ni sorg dri dorg ni hilang la dompet. Masa tu plak budak ni xtau la plak yg dompet die ni tercicir atau kene selop. Dahla IC, LESEN, CARD BANK n yg pnting2 dlm tu. Nasib budak ni cool je lg. Tak gelabah. klu ak, dh lme ilang akal. Smbg2....Agk2 dlm 5jm pas tu, jumpa la dompet budak ni kat bwh katil. Die mmg bersyukur amat lah. bkak2 dompet tu, sume ada mcm xd org yg usik. Ni sahlah tercicir ni. bkn org curi.

disambung plak cerita, malam tu die pergi la ke bank nk "Cucuk". alngkah terkejut die dlam bank die yg sblum ni ada rm3000 tinggal rm10 je. Mane x cemasnya, hilang rm2900..zalim tolll...nak wat report, bank tutup. pasrah je la mlm tu. esoknya, pagi2 lagi die pergi ke bank tu buat lporan Huh..bank tu plak soh wat lporan polis dlu klu nk tgok CCTV bank. Die pergila dgn gesa2. Bila dh siap rport kt polis, die g bank nk tgok CCTV. alangkah terkejut beruk die bila tgok pencuri senyap ATM die adalah rakan sebilik die. punya la die percaya kt kawan die ni selma ni, ttiba yg ambik duit ATM adalah kwn die. Mrh gile die time tu.

Polis nk tahan kwn die tu, tpi die xnk. Blik je mlm tu, die pura2 cool je. Msuk blik, smbg2 bese je ng kwn die tu. Mmg hbt btol bdk ni. Then, esoknya bdk ni kumpul kwn2 die utk plan MALAM HARI. Bila sampi je wktu tga mlm, kwn die ni kne trik. geng2 ni buat bultn, n kwn yg curi ni dok tga2. huh, cm ap je ari tu. Mula2 geng ni nk blsah ckup2, tpi mmber hilang duit ni halang. rupanya die nk gertak bdk percuri ni je. gertak punya gertak, barulah ngaku. last, bdk tu deal die nk byr blik duit tu. rupa2nya, duit yg die curi tu, die nk enjoy ng makwe die. Huh, klu ak tu, dh lame dh ak piat2 tlinga die. sjak hari tula 2org kwn yg dlunya rpt ni, kini sudah tidak bersefahaman dan berkawan. Lihatlah, kerana sebb ini, kita hilang kawan.. =) jgn biarkan diri anda seperti ini..!!

Biarlah kIta berkawan hingga ke akhirnya..!!!! peace beb..





Sunday, August 14, 2011

Dilema pelajar lepasan SPM masuk ke STPM....!!!!




Pelajar lepasan SPM akan dilema apabila mereka mendengar tentang STPM. Dalam situasi hari ini, kebanyakan pelajar terlalu takut untuk mengambil STPM kerana dikatakan peringkat paling susah dikalangan semua peringkat. Apabila orang sebut sahaja tentang STPM, ramai yang buat tidak tahu dan mengenepikan ia sahaja. Juga ada pelajar yang stress kerana jika mereka tidak dapat masuk ke universiti selepas SPM, mereka terpaksa mengambil peringkat STPM. Mengapakah ia terjadi sampai begini sekali??

Dalam pemerhatian saya selama saya berada disekolah menengah atas lagi,faktor sekeliling mempengaruhi permikiran dan emosi pelajar SPM. para guru, ibu bapa dan rakan-rakan kebanyakannya, mereka akan mempengaruhi permikiran pelajar SPM bahawa STPM ini susah dan subjek2nya mata susah. Ramai yang pelajar yanng mengambil STPM gagal sebelum ini. Inilah diantara ayat2 negatif yang dilontarkan kepada kami semasa di SPM. Jadi, ramai rakan2 seperjuangan saya tawar hati untuk masuk ke STPm selapas habis SPM. mereka bertekat akan masuk ke universiti juga setelah habis mengambil SPM. jika tidak lulus STPM, mereka lebih rela mengambil jalan mudah iaitu tidak menyambung persekolahannya, atau masuk ke kolej2 swasta yang melampau mahal harga yurannya.



Selain itu, pelajar lepasan SPM tidak mahu melanjutkan pelajaran ke STPM kerana bagi mereka, mereka sudah cukup bosan belajar dalam suasana sekolah. Mereka ingin belajar di dalam suasana yang berbeza daripada sekolah pula seperti belajar dikuliah, pembentangan menggunakan LCD,, masa tidak ditetapkan dan yang paling penting, bebas dari kongkongan ibu bapa dan pihak sekolah bagi mereka yang tinggal diasrama. Mereka tidak mahu berfikir kelebihan dan kekurangan mengambil peringkat SIJIL atau DIPLOMA. Apa yang mereka tahu, mereka tidak mahu berdepan dengan institusi sekolah. Dengan ini, ia akan merugikan para pelajar yang sepatutnya menggunakan peluang sedia ada untuk menyambung pelajaran diperingkat yang lebih jauh (IJAZAH & SARJANA, tetapi diabaikan oleh mereka semata2 hanya mahu mengejar suasana universiti dengan begitu cepat.

Setigma2 ini perlu kita bendung untuk membawa generasi muda remaja kita ini ketahap yang lebih berpendidikan maksima sehingga peringkat PhD kelak dengan penggunaan masa dan keadaan yang sesuai. ingatlah wahai anak muda generasi bangsa, pegang ayat ini " sebelum mencuba, aku tidak akan takut" "sebelum menyerah, aku tidak akan putus asa".. jangan biarkan permikiran anda diselubungi stigma negatif.....!!!


Berajin2 dulu, berjalan2 kemudian..... =)


Esok ak dah nak start buat proposal thesis ak.. Hehehehe..teruja beb. Ak nk tunjukan tasks aku yg madam kasi. Apa pun, semua task tu ak dah siapkan. mau jugak 1bulan aku siapkan.uihh..hebat..

Tapi alkisahnya yang aku kesah skang ni, badan ak tga sakit2 ni. Lenguh2. Camne nak wat tesis ni. Sok jgn pulak smpi mls aku sudah la..time tga study book aku tertido...nanya aku...dah la pose..Tapi biar la. Aku nk wat yg terbek kali ni. hehe..insyaAllah.

Friday, August 5, 2011

Untuk Peminat -----Chinta Mookha Booku-----

Pose beb, pose....!!!!!!


Alhamdulillah, masuk hari ni, dAh 5 hari aku pose..rase ringan je badan aku ni. Ap pun, pose ni,kne la banyak2 buat amal. hehehe..nak tambah2 pahala..insyaAllah..

Aku nk ucap selamat pose, tpi dh hari ke-5..tapi takpe la..blum terlambat lagi..
Selamat Berpose di Bulan Ramadhan kepada ama and apa, adik beradik2, sahabat taulan, kawan-kawan race mania,hehehe...and yang kenal aku ni la..

Azam untuk pose...!!!..hmmm.ada tiga..:-
-pertama, aku nk byk2 wat amal kepada Illahi..
-kedua, aku nak kuruskan badan aku..
-ketiga, aku nak berhijrah untuk capai kecemerlangan dalam study..

Apa pun,aku msih mencari kekuatan study aku..sbb nye, sem depan aku akan buat tesis..cam best je..hhehehe..tajuk tesis aku "Sources of Stress and Coping Strategies: Among upper six STPM students at Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam.. aku harap sangat cikgu2 aku kat SAMTSSAAS dpt bantu aku lancarkan kajian aku kat sana..

hmmm..byk dah melalut ni..heheh..apa pun yang penting aku HAPPY dengan hidup aku..InsyaAllah..

Wednesday, July 27, 2011

Orang tak berperi kemanusiaan laaa..!!!



Hari ni aku belajar sesuatu dari mata aku sendiri. Aku kesian tengok kucing comel yang diabaikan tuannye sendiri. Sedehhh.. kucing tu comel. Bulu die gebu lembut macam kucing siam. Tapi tuan die kurung die, tak bagi makan, sampaikan kucing tu sakit cirit birit. Habis satu badan kucing tu bergelumang dengan taik die sendiri. Mana penjagaan tuan die ni. Ceh..kesian betol la manusia cmni. Pasal kesian punya pasal + sayang dengan kucing tu, aku ambik tanpa pengetahuan tuan die, pastu aku bagi makan. Sungguh2 die makan. Seronok pulak aku tengok.. comel..bulu hitam lembut, bawah die putih..kaki die puteh macam pakai stokin. Tapi aku tak berani nak mandikan die sebab kucing tu demam. jadi aku biarkan je die busuk camtu sampai die pulih. nanti kalau dah pulih, baru aku mandikan die..aku rela tgok manusia demam dari tengok kucing sakit.. Kesiaannn..

Saturday, March 12, 2011

YOU CAME TO ME



You came to me
In that hour of need
When I was so lost
So lonely
You came to me
Took my breath away
Showed me the right way
The way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want
Is to be with you
You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want
Is to be with you

Allahumma Salli 'ala Sayyinda Mustafa, 'ala Habibeeka, Nabi'eeka, Mustafa

You came to me
In a time of despair
I called on you
You were there
Without you
What would my life mean?
To not know the unseen
The worlds between

For you I'd sacrifice
For you I'd give my life
Anything...
Just to be with you
I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want
Is to be with you

Allahumma Salli 'ala Sayyinda Mustafa, 'ala Habibeeka, Nabi'eeka, Mustafa

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul Allah
You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul Allah

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want
Is to be with you
You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want
Is to be with you

Thursday, March 10, 2011

Prof. Madya Dr. Mohd Halim B. Mohd Hussin

Di USIM, nama ini amat dikenali dan dihormati oleh warganya tak kira warga pekerja atau mahasiswa. Sebut je nama Prof. Halim, semua akan berkata "oh, Prof. Halim ye"... Knp prof ni amat dikenali? Mgkin ni sebab2 die:
1) seorang yang berdedikasi tinggi dalam kerjaya
2)memiliki aura untuk menjadikan org lain bersemangat.
3) jika apa yang di rancang, akan die lakukan dgn penuh focus sampai jadi.
4) bersemangat waja dlm mendidik mahasiswa
5) tidak pernah lokek dgn ilmu, tenaga dan wang ringgit.
6) Prof mmg pandai buat lawak/humor kpd kmi.
7)tidak putus asa menjadi pemain guitar solo..=)

Dan apa yang penting, Prof. Madya Dr. Mohd Halim Mohd Hussin ni pensyarah kami, Sarjana Muda Kaunseling, yang kami sanjungi dan kasihi. Hidup Prof. Halim!!! Hidup Kaunseling!!

Free (For Women)


What goes through your mind?
As you sit there looking at me
Well I can tell from your looks
That you think I’m so oppressed
But I don’t need for you to liberate me

My head is not bare
And you can’t see my covered hair
So you sit there and you stare
And you judge me with your glare
You’re sure I’m in despair
But are you not aware
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care

CHORUS:
So don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity…

My modesty
My integrity
So don’t judge me
Open your eyes and see…
“Why can’t you just accept me?” she says
“Why can’t I just be me?” she says
Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty
And all I want is equality
Why can’t you just let me be free?

For you I sing this song
My sister, may you always be strong
From you I’ve learnt so much
How you suffer so much
Yet you forgive those who laugh at you
You walk with no fear
Through the insults you hear
Your wish so sincere
That they’d understand you
But before you walk away
This time you turn and say:

But don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity
My modesty
My integrity
So let me be
She says with a smile

I’m the one who’s free

Wednesday, March 9, 2011

kurnia

Apakah pandangan anda tentang kurnia? Saya pernah mendapat kurniaan yang paling berharga bagi diri saya,tapi saya sia-siakan kurniaan itu. Adakah perlu saya mencari semula kurniaan itu atau saya ketepikan saja? Mungkin Allah lebih menyayangi saya dan mengambil kurniaan itu semula untuk diberikan kepada orang yang lebih layang menerima kurniaan itu. Tapi, saya masih mencari kurniaan ini lagi. Adakah kurniaan ini akan menerima saya seadanya semula..??

Saturday, January 15, 2011

HIV AIDS

HIV adalah singkatan kepada Human Immunodeficiency Virus yang menjadikan penagih dadah lemah dan tidak bermaya. HIV adalah virus yang memakan sel-sel darah putih dan melemahkan antibodi seseorang penagih dadah tegar. Kebiasaannya kita dapat lihat di Malaysia, ramai penagih dadah yang dijangkiti HIV. Di Kuala Lumpur misalnya, kami tidak terlepas pandang kepada penagih-penagih dadah jalanan yang telah dijangkiti HIV. Mereka hidup merempat di kaki-kaki lima dan di lorong-lorong kecil sekitar Kuala Lumpur. Senarionya di Malaysia adalah masyarakat tidak boleh menerima dan akan mencaci golongan orang yang menghidapi HIV ini. Ini kerana mereka takut akan dijangkiti oleh virus itu.Mereka akan menjauhi golongan-golongan ini yang dianggap sampah masyarakat dan tiada nilai disisi masyarakat.

Sebenarnya masyakat kita tersilap pandang dalam hal HIV ini. Merujuk kepada pengetahuan dan ilmu-ilmu yang kami pelajari dalam bidang kaunseling, golongan HIV ini perlu mendapat sokongan dan dorongan untuk terus hidup di dalam masyarakat setempat. Golongan-golongan ini menjadi penghidap HIV kerana mereka telah terrperangkap di dalam emosi mereka sendiri. Akan tetapi dalam lubuk hati mereka terdapat suara yang mengatakan bahaa mereka ingin berubah dan perlukan sokongan. Jadi kita sebagai masyarakat perlulah menaikkan semangat mereka untuk berubah ke jalan yang lebih sempurna.

Di Malaysia, masyarakat kini menganggap bahawa HIV adalah penyakit yang boleh membunuh. Sesiapa yang terkena HIV akan mati. Adakah mereka tahu apa itu HIV sebenarnya? HIV itu adalah virus yang melemahkan sistem ketahanan badan sahaja dan tidak membawa maut. Apa yang kita selalu pandang dan lihat, orang yang menghidapi HIV mesti akan mati. Hakikatnya HIV tidak membawa maut kepada manusia. Penghidap-penghidap HIV yang kebanyakan maninggal dunia bukan berpunca dari HIV, tetapi ia berpunca dari penyakit sampingan mereka. Contohnya, seseorang itu menghidap penyakit HIV yang mana sistem immunnya telah lemah dan dia juga menghidap penyakit batuk kering dan peparu berair. Jadi, sistem immun seseorang itu tidak dapat menahan lagi penyakit batuk kering atau peparu berair walaupun penyakit sampingan ini telah banyak kali diubati. Penyakit ini akan terus merebak walaupun ianya telah banyak mengambil ubat-ubatan kerana ubat-ubatan akan dibantu oleh sistem immun dalam badan itu sendiri. Oleh itu, kebanyakan penghidap HIV meninggal dunia disebabkan oleh penyakit sampingan mereka yang telah merebak dan bukanya HIV itu sendiri. Jadi kami juga hendak mengigatkan kepada masyakat bahawa HIV tidak membunuh dan ia boleh dirawat dengan emosi untuk golongan penghidap HIV ini akan terus hidup dengan semangat. Apa yang perlu kita tahu adalah HIV ini akan berjangkit apabila:

-membuat perhubungan seks dengan pasangan yang menghidap HIV.
-berkongsi jarum yang digunakan untuk menghisap dadah bersama penghidap HIV.
-pertukaran darah dengan orang HIV.
-anak yang dikandung oleh wanita yang menghidap HIV.

Melalui pengajian dan program-program yang kami, mahasiswa kaunseling ikuti, seseorang itu tidak akan dijangkiti HIV jika :

-Bersalam dengan penhidap HIV
-Berpeluk dengan penghidap HIV
-Bersin ataupun batuk dari penghidap HIV
-Gigitan nyamuk atau lain-lain serangga dari penghidap HIV
-Berenang bersama penghidap HIV
-Berkongsi perkakas untuk makanan yang telah digunakan oleh penghidap HIV


Dengan itu, kita tidak perlu bimbang untuk mendekati penghidap HIV itu sendiri. Apa yang perlu kita tahu, bendalir badan yang boleh menyebarkan HIV seperti air mani, darah, cecair faraj, dan susu ibu sahaja. Seseorang itu berisiko menghidap HIV jika dia adalah:

-Mempunyai ramai pasangan seksual
-Penagih dadah secara suntikan
-Pelacur
-Homoseksual
-Kakitangan perubatan
-mempunyai pasangan suami atau isteri yang menghidap HIV.

Jadi, inilah saranan kami terhadap masyarakat bahawa HIV tidak membunuh dan golongan yang menghidap HIV perlu dibantu untuk mereka terus hidup dengan aman dan bahagia.